About Me

My photo
I Love my Family.. I Love my Friends... I Love Cakes... I Love Chocolate... I Love fruit... I Love Travel... I Love Photography.... And last but not least I LOVE HIM before, Forever and after.... Mmuah... Mmuah...

Magic Word

“Semua benda yang hebat telah dicapai oleh orang yang berani untuk percaya bahawa sesuatu di dalam diri mereka adalah lebih hebat dari situasi. Kesusahan adalah peluang yang menyamar. Dalam kesusahan, terdapat peluang! Antara masalah pada semua orang adalah mereka menghabiskan terlalu banyak masa menangis di depan pintu yg tertutup rapat di depan muka mereka,sehingga mereka tidak melihat 9 lagi pintu yang terbuka untuk mereka. Hanya lakukan yang terbaik dan biarkan keputusannya di tangan Tuhan. Anda mungkin tidak dapat apa yang anda inginkan, tetapi anda akan selalu dapat apa yang anda berhak miliki. Jangan, jangan, jangan sekali-kali berputus asa"

-Lachman Melwani-

Thursday, February 11, 2010

Warkah Terakhir (Rosli Dhobi)

Salam anda semua...
Masih lg tertarik utk bercerita tentang Drama Warkah Terkahir...Wpun pd mulanya aku menonton cerita ni sbb nk tgk pelakon utamanya, Beto Khusyairi sebagai Rosli Dhobi tapi lama kelamaan aku begitu tertarik dgn watak Rosli Dhobi ni....Beliau adalah seorang anak muda yang berani. Bayangkan diusia semudanya sudah sanggup memperjudikan nyawa demi kemerdekaan negerinya daripada penjajahan British. Cinta pula terpaksa dikorbankan demi negara, bangsa dan agama. Mari kta menyingkap sejarah tentang pejuang kemerdekaan ini.....


Siapa Rosli Dhobi??



Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”
Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.



P/S: Sebagai mengenang jasa beliau mari kita hadiahkan Al-Fatihah utk Aruah Rosli Dhobi dan rakan-rakan seperjuangannya.... Al-Fatihah.....

No comments:

Post a Comment