About Me

My photo
I Love my Family.. I Love my Friends... I Love Cakes... I Love Chocolate... I Love fruit... I Love Travel... I Love Photography.... And last but not least I LOVE HIM before, Forever and after.... Mmuah... Mmuah...

Magic Word

“Semua benda yang hebat telah dicapai oleh orang yang berani untuk percaya bahawa sesuatu di dalam diri mereka adalah lebih hebat dari situasi. Kesusahan adalah peluang yang menyamar. Dalam kesusahan, terdapat peluang! Antara masalah pada semua orang adalah mereka menghabiskan terlalu banyak masa menangis di depan pintu yg tertutup rapat di depan muka mereka,sehingga mereka tidak melihat 9 lagi pintu yang terbuka untuk mereka. Hanya lakukan yang terbaik dan biarkan keputusannya di tangan Tuhan. Anda mungkin tidak dapat apa yang anda inginkan, tetapi anda akan selalu dapat apa yang anda berhak miliki. Jangan, jangan, jangan sekali-kali berputus asa"

-Lachman Melwani-

Sunday, January 30, 2011

Contest lagi!!!!

Hi, there!
Cik Mimie dh manghantar pun penyertaan utk
satu contest ni....
Gediks....
K kali ni contest apa plak ya....


Contest Doolu & Laani..

Penyertaanya senang aje...

Hanya hantarkan picta time dolu2 dgn laani...

dan picta tu nampak perbezaan style bertudung dulu & sekarang.

Pertandingan ni dianjurkan oleh

Untuk mengetahui info yg lbh detail blh klik di sini.

Undian akan diambil kira dari jumlah like yg kita dpt kt FB...

Buat masa ni pihak Edast blum update lg...

For mine i pertaruhkan picta ni;

DOOLU simple aje dengan tudung bawal. Color pun putih, hitam or yang lembut-lembut aje..... LAANI dah berani pakai shawl dan inner yang colorful dan terang2 lagi...Like to play with colours and try new hijab style... ahaks....

Last but not least please vote me k...

daaa....

Wednesday, January 26, 2011

Entry mengisi kebosanan...


Hi friend!


Now current mood is boring.


Actually want to edit my picta for contest.


Contest again???


Hahaha memang tgh menggila nak masuk contest just for fun.


Biasalah I ni kalau bab creativity ni memang sgt cerewet...


sampai susah nak jumpa yg berkenan di hati...


Ok contest apa yang i bakal masuk i will tell u later k...


Masih dalam process lagi ni...


Actually have 2 contest...


22 nak masuk...


but have to wait for "What's Hot is Gettin Hotter" tu finish dulu...


Ye lah hidup xboleh tamak2...


Org tamak selalu rugi...


so i xnk rugi...


walaupun i tau i xkan menang sebab kalah undian


tapi i bersyukur cause ada juga peminat nak undi i...(peminat ke?)


Walaupe pun thanks kepada yang sudi mengundi dan baca entry i...


Kepada sesapa yg belum mengundi bolehlah klik di sini utk mengundi....


Entry i no. 141...(ada ke yg nak undi??)


Tapi kalau nak mengundi yg lain pun apa salahnya...


Ramai gak yang best2....


.


.


.


.


.



Bilalah dpt dating dgn Mr FH lagi and dapat makan free yg best2 dan dpt g tepi pantai lagi....


p/s: Setelah lama tidak berjumpa dgn Mr. FH rindu pula semakin mendalam... Maka kami pun bermms...Last nite dpt picta terbaru Mr. FH i amat terkejut... kerna dia semakin "comel".... Betul ke itu pakwe aku????


Saturday, January 22, 2011

His BFF's Wedding

Menemani Mr. FH menghadiri kenduri kawin BFF dia, En. Ahmad kt Kempas. Actually BFF dia tu satu maktab ngan kami dlu... So kenal lah... So, terserempaklah dgn bebudak maktab kitorg. Kami dah agak dh akan terkantoi... Actually nak war2 kan kt semua org bla smpi our big day but that day pn xtau lg bla so, xleh lah nk sembunyikan lg... Ok lah just nk share the picta....

Photobucket
With Pengantin and bebudak maktab...

Photobucket
With Ida, Fiance to Topek (BFF Mr FH juga)... Friendly orangnya.....



Photobucket
Peace! Thank you for reading....

Eh! mana Mr. FH??? Dia dah jadi juru camera kpd model yg comel ni... All this picta dia yg ambil...Oh ya, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada En. Ahmad dan pasangannya (Sorry xsempat nak berkenalan)... Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

Friday, January 21, 2011

Dinner Software yang Havoc

Actually event ni dh lama dh... Tapi baru je ada mood nak share picta2 time event tu... First time my department organize annual dinner and for the first time the event was very happening and havoc... I think kalah dinner company.... Congrate to the organizer...

Photobucket
I like this picture cause the camera is focusing on me.... Sorry ya Ray... Mcm artis gitu... No red carpet cause we are already in red...


Photobucket
Door gift....


Photobucket
Software Annual Dinner 2010. Bertemakan jeans and Red...


Photobucket
Miss and Mr chairman for the night... Aaron and Ray yang Havoc....



PhotobucketLucky draw gift and award... But i dont get any.... I memang tidak bernasib baik mlm tu.....huhuhu....


Photobucket
The desert... I love the food...


Photobucket
Dancing activity yang fun...


Photobucket
Everybody have fun together...


Photobucket
Take picta with baby yg cute... Masing2 bawa baby... sgt suka....


Photobucket
Staff paling glamour award also ada.... (sekadar menumpang galmor shj)


Photobucket
I like this picta... Really happening...


Photobucket
Power puff gal with Ikuhiro and Nakamura....


Photobucket
Redish Software cat walk.... The closing ceremony yg gediks...

Thursday, January 20, 2011

Yes, I got the Planner

Hai pembaca sekalian...

Ok remember entry i nak cari Planner 2011 or DIY lah konon nak buat tu kan... Last2 i beli je dah jumpa yang berkenan... Tapi bukan pink color spt yg i idamkan... Hmm xpelah.... yg penting i dh jumpa planner yg smart lg comel and black color still look nice....i love it and bertmbh semgt lah i nak berplanning dan berangan ni....


Tadaa... jahitan yang kemas dan kulit... smart gitu....


ada card holder lagi... and boleh letak gambo si dia... bolehlah berangan-angan je tgk gambo dia...


I memang suka plan kewangan bulanan dan perbelanjaan ni... kena praktice nak jd accountant kpd suami i nnti... sila abaikan contengan yg bewarna pink tu... mcm nilah dia klu tgh rindu kt Mr. FH ni... Hmm sian dia tgh demam skang....Cepat sembuh ya syg....template ni biasalah...tapi template yg i nk tu susah nk jumpa... maby next time if ada masa i cari kt internet template yg i nak then print je...

Ok dah ada planner ni senang blh guna for the rest of my life.... Next year just change the template and still guna cover ni ... kalau dah buruk skit blh balut je dgn kain to look new... for this year just use as it is... after this blhlah decorate colourfull mcm my angan2 yang colourful jugalah...

Ok daa... Reality Dewi nak berangan ni.....

Sunday, January 16, 2011

What's Hot Is Gettin' Hotter : Kisah Reality Aku dan Dia....

Hai pembaca sekalian... Ini bukan cubaan atau main-main... Ini betul2...Kali pertama cik Mimie nak masuk contest... sekali contest x agak meletup gitu... demi mengejar hadiah lumayan berikut:

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo dan video (Majlis Pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah /Birthday , ect..
- 1 set wedding dress bride and groom (worth RM4000++) by LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 shaja.
- Hadiah b0leh di tukar milik

Contest ini dianjurkan oleh CST Production & Lynda Rahim Kuala Lumpur. Memang my dream nak sangat CST PRODUCTION ni jadi photographer for my wedding dan buat video prewedding yang comel2 dan nak pakai wedding dress yang anggun lagi meletup dari butik datin Lynda Rahim yang famous tu...Ok lah Contestnya kena pilih antara tajuk di bawah ni dan olahkan secara kreatif di dlm blog or facebook;
1) My dream "Wedding" (anda b0leh ceritakan k0nsep wedding yg anda inginkan)
2) My dream "Love Story" (anda b0leh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impiakan atau kisah benar anda)

Maka i memilih tajuk yang kedua My dream "Love Story" berdasarkan kisah benar i dengan Mr. FH. Ok di harap anda dapat memberi sepenuh perhatian ketika membaca. Daripada anda menggelak-gelakkan i lebih baik anda vote i lagi dapat pahala sebab bantu i untuk mendirikan rumah tangga... hahahaha... Jangan marah :P ..... Ok mari layan my story....





Di sini ingin ku ceritakan kisah percintaan Reality Dewi dan Prince Charming nya. Walaupun kisahnya tidak seindah cinta "romeo and juliet" mahupun kisah cinta taj mahal antara Shah Jahan dan Mumtaz ataupun kisah cinta klasik dari Timur Tengah iaitu "Laila dan Majnun" tetapi kisah ini sungguh bermakna dalam hidup Reality Dewi. Sebuah kisah percintaan yang bermula dengan tragedi luka Reality Dewi dan akhirnya bertemu dengan Prince Charming yang akhirnya menyelamatkan dia dari terus meratap kesedihan. Wah, macam cerita dongeng plak. Tapi ini bukan cerita dongeng tapi ini kisah reality aku dan dia.



Zaman Persekolahan



Sebenarnya kami dahulu pernah bersekolah di satu sekolah yang sama di tingkatan 4 dan 5. Semasa tingkatan 5 kelas kami berhadapan sahaja. Jadi selalu juga bertembung bila keluar dari kelas masing-masing. Tetapi dia biasalah akan buat muka sombong dia padaku. Jadi, aku fikir dia ni sombong orangnya. Tetapi pada masa tu aku sudah pun mempunyai "couple". Aku kenalkan "couple" aku tu sebagai Mr. X, seseorang yang bakal mengecewakan aku tanpa aku sedari. Oleh kerana ini kisah aku dan dia, jadi tidak perlulah aku berceritakan pasal Mr. X ni ya. Si dia. Boleh dikatakan agak dikenali jugalah di kalangan rakan-rakan sekolah. Tanpa aku sedari dia menyimpan perasaan terhadapku. Tetapi oleh kerana Mr. X adalah kawan si dia maka dia terpaksa melupakan niatnya dan hanya mendoakn kebahagiaan kawannya itu bersama ku. Dan selepas itu dia juga bercouple dengan orang lain.




Hati yang terluka

Percintaan aku dengan Mr. X hanya bertahan selama 7 tahun. Antara kami sudah tiada jodoh. Aku terpaksa melepaskan Mr. X pergi walaupun hati ku terluka. Selepas itu bermacam-macam lelaki yang aku jumpa termasuklah seseorang yang ku sangkakan sahabat. Aku perkenalkan sahabat aku itu sebagai Mr. S. Dengan Mr S lah tempat aku mengadu segala kesedihanku. Sehinggalah di suatu hari aku menerima emel dari Mr. X. Alangkah gembiranya aku pada ketika itu. Tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan kerana tidak lama lagi dia akan menjadi tunangan orang. Baru ku sedar yang aku tidak cukup kuat untuk melihat kebahagiaan Mr.X dengan orang lain. Walaupun sudah setahun lebih kami berpisah tetapi lukanya masih terasa malah semakin mendalam. Tidak cukup dengan itu tiba-tiba Mr. S hilang dari hidup ku. Mungkin dia sudah bosan dengan sikapku. Siang malam aku berdoa memohon pertolongan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.




Lamaran



Di suatu hari aku menerima mesej melalui Facebook dari si dia. Pada mulanya hanya bertanya khabar sehinggalah suatu hari dia meminta number telefon ku dengan alasan supaya senang dia menghubungi untuk memberitahu aku jika ada kekosongan kerja kerajaan. Walaupun aku sudah agak niat dia sebenar tetapi aku rasa tidak salah untuk memberi dia peluang. Tiba-tiba dia senyap sahaja. Sehinggalah suatu hari aku berjaya menghubungi dia di Facebook. Rupanya dia terlibat dengan kemalangan. Selepas itu kami semakin rapat dan telefonlah yang menghubungkan kami kerana dia di KL dan aku pula di JB. Dia seoarang yang suka buat lawak dan sentiasa cuba untuk membuat aku ketawa. Namun begitu hati dan perasaanku masih pada orang lain dan kadang kala usaha dia untuk buat aku ketawa tidak berhasil. Sehinggalah akhirnya dia melamarku menjadi suri di hatinya. Aku minta dia bagiku masa untuk mempertimbangkannnya. Kalau boleh tunggu setahun lagi supaya cukup 10 tahun. hehehhe... Betul ke kena tunggu setahun ni? Dia tidak kisah hendak menunggu berapa lama lagi. Katanya jika 9 tahun dia sanggup tunggu ini kan pula setahun lagi. Rupanya dia tidak hanya menunggu tetapi bermacam-macam yang dilakukan oleh si dia untu memikat hati ku supaya 1 tahun itu menjadi 6 bulan dan akhirnya 3 bulan. Ya dalam masa 3 bulan aku sudah pun menerima si dia dalam hidup ku.



First Date



Bermula dengan "first date" kami. Kali pertama dia mengajak aku keluar terus sahaja aku setuju. Bukan apa "first date" inilah akan menentukan sama ada aku boleh memberi dia peluang atau tidak. Kerana aku tidak mahu memberi harapan dan tidak mahu berharap lagi sekiranya aku dan dia tidak boleh lebih dari seorang kawan dan keputusan harus dibuat segera. Pertemuan pertama kami hanya keluar sebagai kawan, dia membawa aku makan malam di sebuah restoran yang eksklusif. Pada pertemuan itu dia kelihatan tenang sahaja dan kami hanya bercerita perihal zaman sekolah dahulu. Kembali mengimbau zaman sekolah memang melucukan. Dia bukanlah lelaki yang suka bermain kata-kata dan bermulut manis tetapi sikap nya yang bersahaja dan tenang melayanku mula memikat hatiku. Tiba-tiba kawan si dia datang untuk berbincang soal business. Dia seorang yang "business minded" dan itulah antara ciri-ciri yang aku cari dari seorang lelaki selama ini. Dia lulus pada pertemuan pertama dan aku menantikan untuk bertemu lagi dengan si dia. Tetapi tidak tahu bila kerana jarak memisahkan kami. Dia cuba memikat hatiku lagi dengan menghadiahkan lagu "For The Rest of My Life" nyanyian Maher Zain untukku. Bait-bait lirik dalam lagu itu begitu menyentuh hati ku. Tanpa kuduga pintu hati ku mula terbuka sedikit untuk dia. Aku juga menyelidik latar belakang si dia dari kawan-kawan ku yang mengenali si dia. Ternyata semua kawan-kawanku memberi komen yang positif tentang si dia. Kemudian barulah aku cuba untuk menerima si dia dalam hidup ku itu pun jika dia bijak menggunakan peluang. Lagipun semenjak kehadiran si dia sedikit sebanyak mengubati luka di hati ini dan aku pun sudah boleh ketawa besar jika dia buat lawak antarabangsa.




Taman Hati Kembali Mekar



Kesabaran dia pada ku teruji pada pertemuan kami kali kedua. Pada mulanya kami mrancang untuk keluar di siang hari. Tapi kerana aku bekerja jadi dia berjanji untuk keluar dengan ku selepas aku habis kerja. Tiba-tiba dia ada hal dengan keluarga dan pertemuan itu terpaksa kami tangguhkan malamnya. Oleh krn emosi aku tidak berapa stabil waktu itu aku merajuk pada dia. Aku geram sebab aku kelam kabut nak siapkan kerja sebab nak keluar dengan dia tiba-tiba tidak jadi pula…Jadi malam tu kami keluar dengan muncung ku panjang sedepa. Tidak cukup dengan itu mulut aku tidak berhenti membebel. Ditambah dengan keadaan yang bising di restoran tempat kami makan pada malam itu menyebabkan keadaan menjadi tegang. Aku tahu kesalahan itu hanya kecil sahaja tetapi aku terlalu kecewa dengan laki-laki yang aku kenal selama ini yg hanya tahu berjanji tetapi akhirnya mereka yang memungkirinya. Tetiba aku rsa penat dgn mereka semua. Kahsian dia menjadi mangsa aku melepaskan geram terhadao lelaki2 lain. Tetapi dia bersikap tenang dan rasional. Dia membawa aku ke pantai Danga Bay , seperti tahu aku suka pantai. Di sana aku merasa tenang dan akhirnya aku dpt luahkan kekecewaan aku padanya. Dengan luahan itu aku rasa tenang dan beban yg aku tanggung selama ini dpt diringankan. Walaupun pd mlm itu terserlah sikap aku yg cepat naik marah, suka merajuk dan ngengada tapi sedikit pun tidak merubah keputusan dia untuk memikat hatiku. Padahal mlm tu blh sahaja dia tinggalkan aku kerana sikap aku itu. Tapi apa yg dia kata padaku hanyalah " Saya tahu awak baik". Akhirnya aku dah temui dengan seorang yang sayang aku dan boleh sabar dgn karenah aku. Tapi blum masanya lagi untuk membuat sebarang keputusan. Aku masih belum mengenali dia sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sampai aku mengenali keluarga si dia. Pertemuan ketiga hampir-hampir dia nak bawa aku jumpa keluarganya. Tapi kali ini semuanya indah. Bunga di taman hati kembali mekar. Walaupun hati ku sudah berkata ya tetapi akan kusimpan dahulu jawapan ini sehinggalah aku benar-benar yakin dengan dia.



C.I.N.T.A




Ketika bulan puasa dia mempelawa aku berbuka puasa bersama dgn keluarganya di Marina Seafood Restorant. Walaupun aku blum bersedia tetapi aku rasa aku patut terima pelawaan dia kerana keputusan harus dibuat segera. Jika keluarganya tidak boleh menerima aku maka tidak perlulah aku terus mengharapkan dia lagi. Aku tidak mahu hubungan yg tidak pasti. Dia sememangnya dilahirkan dari keluarga yang penuh kasih sayang. Aku suka melihat kemesraan dia dgn keluarga. Dia seorang abang yang penyayang dan anak yang menghormati orang tua. Aku bukan sahaja jatuh cinta kepadanya tetapi juga kepada keluarganya. Sememangnya ingin sahaja aku berterus terang kepadanya pada malam itu. Dan malam tu aku telah manguji dia sejauh mana dia ikhlas menerima aku. Dan ternyata dia lulus dgn cemerlang. Tambahan pula aku dpt berterus terang perihal kisah silamku dan dia terima aku seadanya. Aku merasa tenang dan selamat dgnnya.... Sehinggalah satu hari aku rasa tidak ada alasan untuk aku menolak dia dlm hidupku dan aku merasa takut kehilangan dia dan akhirnya pada tanggal 29.8.2010 setelah 3 bulan kami berkawan aku mengambil keputusan utk menerima dia dlm hidupku. Keputusan dibuat tanpa solat istiharah kerana aku yakin dgn dia. Kemudian aku membawa dia berjumpa dengan keluarga dan rakan terdekatku dan semuanya memberi komen yang positif pasal si dia. Dia sememangnya seorang yang ramah dan mudah mesra dan berlainan dengan aku yang tidak mesra alam pada mulanya.


Prince Charming




Mungkin orang boleh berkata yang aku ini mudah jatuh cinta. Tetapi aku yakin dia adalah prince charming ku yang ku nanti-nantikan selama ini dan yang aku minta dalam doaku. Akhirnya setelah perjalanan yang panjang dan setelah aku hampir-hampir terjatuh Tuhan temukan aku dengan si dia. Setelah apa yang jadi kepada ku, aku semakin lemah dan rapuh. Mudah menangis dan senang terasa. Tetapi dia sememangnya seorang yang penyabar melayan karenah aku. Pernah satu hari ketika kami sedang berdating tiba-tiba mood aku hilang dan aku meminta dia bawa aku pulang. Sedangkan dia beria datang dari KL ke JB semata-mata untuk meluangkan masa bersama ku. Namun dia tidak pun memarahi aku mahupun menunjukkan muka masam kepada ku malah dia mengajak aku dan keluarga ku makan malam di luar semata-mata untuk meluangkan masa dengan aku. Dan malam itu dia berkata kepada ku "Kahsian awak kena melayan karenah saya". Aku sungguh terharu. Sepatutnya aku yang berkata begitu kepada dia. Jadi kenapa perlu aku mencari lagi sedangkan dia punya segalanya yang aku mahukan dari seorang lelaki.


Usia perhubungan kami belum cukup setahun jagung lagi. Masih banyak lagi dugaan dan cabaran hidup yang patut kami tempuhi. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan tentang hubungan ini. Namun aku berterima kasih kepada dia kerana sudi hadir dalam hidupku. Semoga Tuhan memberi kami kekuatan dalam menghadapi hari mendatang. Insyaallah


Apa yang diharapkan semoga perhubungan dapat disatukan dalam ikatan yang suci, dikurniakan zuriat yang sihat dan comel dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin....






Remove Formatting from selection****THE END****





P/S: Walaupun cerita ini memang ada kena mengena dengan yang hidup tetapi tidak berniat pun untuk menyinggung perasaan sesiapa... Hanya sekadar berkongsi suka duka Reality Dewi sambil tu menyertai contest yang sgt hot ni...Orang kata sambil menyelam sambil minum air... Wpepun minta maaf jika dalam cerita ini ada menyinggung perasaan sesape... I'm sorry... Yang penting Jangan lupa vote i... hahahha......





Friday, January 14, 2011

1st Project for 2011

Hai u alls....
Nampak x perbezaan dekorasi dlm ruangan luahan perasaan + tempat membebel + ruangan menggedikz dan syok sendiri Reality Dewi ni???... Kalau xnmpak juga xtau lah... So, this is my first project eva for this 2011 year... Actually not 100% finished yet... Deco akan dijlnkan berperingkat2 mengikut mood dan musim Cik Dewi ni ya.... Ni awal2 tahun ni dia mcm ada semgt baru nak berblogging mcm nilah rupanya.... Jangan "hot-hot chicken shit" sudahlah ye cik Dewi....

If dulu background gelap dan suram aje menandakan kehidupan cik Dewi yg penuh dgn duka dan lara tapi kali ini nak tukar plak dgn warna2 yang ceria lagi menarik and ofcourse mesti ada pink.... Hope my life will be more colourfull and manis spt merah jambu.... Kalau anda perasan background ada tulih Miss Smarty kan, tetiba rsa mcm nak tukar plak blog ni dr Reality Dewi kepada Miss Smarty.Ko ni dh mcm2kan... sethn ntah bpe kali dh nk tukar nama... Dari Princess Diary -> Diary Minah Kilang -> Stairway to Heaven -> Reality Dewi.. Hmmm baiklah sy akan kekalkan Reality Dewi ni.... Tapi nak juga title Miss Smarty tu.... Bolehkan?????

Skang pun dh register dgn nuffnang dengan harapan dptlah income nnti... So reader yg baik hati please click at the advertisement by nuffnang ye...Lagi profile dan header picture suma pn dh tukar lg nmpak mood yg lebih ceria....So pembaca pn cerialah skit tgk blog ni... Kalau x mcm tgh berkabung je... sesat... termenung... empty and nothing but just sadness.... I think this blog pn dh almost 2 years.... and now everything was change but still about the same story about the "Reality of Dewi" the true story of mine... Thank you for reading my blog... I hope u enjoy!!!!!

Sunday, January 9, 2011

Fashion Casual ke dinner.....

Hi all...
Fashion??? hehehe... nak citer pasal fashion ni memang i xbape pandai.. tapi cuba lah juga utk menjinak2kan diri dlm bidang ni just utk suka2... Lagipun skang ni i am in Fashionista Season (mood berfashion daa)... Actually last week my department ada Annual Dinner for the first time... Temanya Red Jeans.... Red???? Jangan jadi Mak Ngah sudah... Since tgh bulan ni and i pun tgh mood yg xbape baik utk bershopping (Kalau shopping time ni mesti i beli ntah apa2... so lbh baik kawal dr dari bershopping) maka apa yg perlu dilakukan ialah menyelongkar wardrobe and pakai yg recycle.... Alamak klu pakai recycle tetiba ada org tegur "Eh baju ni kan yg ko pakai time g....." mcm ne eh????? xpe itu perkara no. last yg perlu dipikirkan.... Yang pertama sekali mencari baju yg sesuai utk ke dinner tu nanti dan menepati temanya...... So dlm pencarian itu i menjumpai baju yg paling sesuai ialah baju ini:


Long Red shirt.... But this shirt actually ada part yg i dont like when it put on my body... So, i must find something like cardigen or jacket to cover it..



And then i found this, red sleeveless jacket ... This the only sleeveless jacket i have... Nak beli yg baru hmmm not under budget plak....but it red colour not really menyerlah... i think if i have sleeveless jeans jacket or other colour must be nice... However must be the way to make me look perfect on that nite.... I think my cloth are not nice enough... Actually it ok if i am not look gorgeous on that nite as long as i dont look like Mak Ngah yg suka pakai merah sudah.... So, the solution is to make my shawl or anything that cover my hair (of course i have to cover my hair) with something look extraordinary different with soft or dark colour.... So, i choose grey because it suit with all colours.... Dan kebetulan plak i ada order Smarties shawl grey tone yg sgt cantik.... I think this shawl can help me to look nice on that nite.... Ok lets see the result:


I think it nice enough... Thank you to the shawl... eh no! thanks to my friend... i really2 like this shawl....Luv u... Mmmuah...Mmmuah...



Lagi dgn menyerlah dgn red inner... Actually inner ni i beli cause nak match with my shawl and shirt... At first i though it cotton material...because it look like cotton material... But actually not... So when i wear it my face will look so Bulat u know.... This is what happen when i shopping during this mood... Sepatutnya i rsa dlu materialnya... ni i main beli je... Then bila smpi umah dh menyesal....Mujur ada sepit yg beli kt pasar mlm ni... dapat juga membantu for me to look different....

Monday, January 3, 2011

Planner 2011

Hi all.... Awal tahun ni i ada satu semangat yang baru dan macam2 i nak buat... Kepala otak ni dh pk nak buat tu nak buat ni... Macam2 project i nak buat utk diri i.. Tetiba i rasa mcm 24 hours yg Tuhan bagi tu blum tentu cukup utk i... Oh tidak i kena bersyukur dengan apa yang ada...Forgive me...

Oleh krn mcm2 benda i plan nak buat so i kena lah ada planner.... Hmmm actually i memang pn guna planner... Not just for my job but also my personal life... Some sort of diary but for me i rather like to note about my planning or my dream... U know i ni kan kuat berangan... I start use planner after back from my business trip at Japan... Because most people in Japan bring their pocket planner every where...So, nampak mcm smart je kan....So, apa lagi i pun belilah satu dari sna... Gambo Mickey Mouse....Kira mcm terpengaruh lah ngan budaya org sna... Tapi xpekan klu ikut yg baik... So, kt sna senang je nak cari yg berkenan di hati... smpi rambang mata... Last2 beli kt kedai 100 yen tapi harga dia xdelah 100 yen...Ingat masa tu just nk try2 je... Tapi rsa mcm cool dan bergaya je bla pkai pocket planner ni... So last year pun i pesan kwn i kt jepun belikan satu....

So, i am looking for pocket planner because i'm gonna bring it every where i go... Actually dah survey around Harris Jusco Tebrau, MPH Senai Airport and Popular CS tapi xjumpa yg berkenan.... Kalau ada yg berkenan plak colornya plak xsenonoh... Hmmmm..... Tapi sedih skit thn ni sbb xdpt pakai planner yg beli kt Jepun... Last year pun i pesan kwn i yg blayo ke Jepun... Tapi this year xde rezeki lah... Tapi xpelah yg penting plaanner tu bt i semangat utk berplanning....


Selamat Tinggal 2010...Yang ini kwn i bg dari Jepun... Tapi ni bukan pocket plannner... ni dh mcm diary je..Tapi org dh bg kan i guna je....Yang penting beli kt Jepun... Hahahaha....


Yang ni for my job... I beli jelah wpun warnanya xbape nk berkenan...


Yang penting mesti ada column for monthly planning and daily note column....


Kan best kalau jumpa yg mcm ni.... Cover dia kulit... warna pink lg (itu yg penting)... Nampak mcm high class gitu....


Yang ini pun sweet sgt.... (Pink lagi... dah namanya pink memang ko suka kan.... patutlah susah nak jumpa)


Yang penting dlmnya mesti ada monthly planning column mcm ni....

Tak pun kalau ko dh cerewat sgt dan pandai sgt kan apakata ko cuba DIY planner... Search je kt Internet cara nak buat... Tengah2 search je terjumpa blog http://scrappybucket.blogspot.com/2010/12/diy-planners.html. Dapat buat planner ikut kehendak kita ni... boleh decorate ikut creativity kita... Mcm best jer project ni... Template pun boleh cari.. just google je...Banyak laman web yg blh bg kita idea cara nak buat... pepandai koranglah ye cr sendiri... Hmm ok blh dipertimbangkan idea ni... I ni kan planning bagai nak rak buatnya belum tentu... Xpelah yang penting ingat peribahasa ni "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang"... Yg penting i xnak gagal merancang... Gambate!!!!

Saturday, January 1, 2011

Post Moterm 2010

Sebelum memasang niat dan azam utk tahun 2011 ni mari kita check kemajuan diri dan kejayaan atau kesilapan2 diri yg telah dilakukan sepanjang tahun 2010 ni.

Family
Alhamdulillah hubungan dengan family tiada masalah. Bersyukur kerna mempunyai family yang harmoni dan penyayang. Cuma di tahun 2010 kami telah menambah 2 orang ahli baru dlm keluarga kami di mana my brother, Acit and My sister, Ude telah menamatkan zaman bujang mereka dgn pasangan masing2. Agak sedih sebab kehilangan geng melancong sy tapi melihat kebahagiaan beliau sy juga tumpang bahagia... Anak sedara blum ada lagi... Hope antara meraka ni cepat2 lah bg mak cucu ye..... Insyaallah next year blh dptkan???


Family gathering yg seronok sekali sebelum pemergian ayah bonda ke Tanah suci Mekah...


Acit dan Nana...


Ude and abang Firdaus

Kerjaya

1} Software Engineer
Masih lagi berkhidmat di tempat kerja yang sama. Actually planning masa awal thn dlu by the end of this year nak cari kerja lain tapi tetiba nak tukar plan nak cukupkan 3thn berkhidmat di sini dahulu... Actually banyak experience baru sepanjang 2010 ni dlm kerjaya sy... Sy telah diberi kepercayaan handle base model dan at the end of this year sudah mula memegang kerja2 management utk MCC group. Satu kemajuan dlm kerjaya sy. But hope i can do best for my job.. Mana tahau next year dpt naik pangkat...Caiyuk!!!!!

2) Chef Mimieko
Di awal tahun aktif mencuba pelbagai resepi dan skang saya dah pandai buat cheese cake, chocolate cake and cookies. But still banyak lagi yang perlu sy pelajari dlm bidang ini. Planning nak amek class at the end of this year but still xjumpa lg masa yg sesuai....Wpun sy xdelah do any promotion about my cakes but still have got order from my friends and i like... Ni yang bt sy bersemangat utk teruskan perjuangan...Wpun at the end of this year sy mcm dh slow bakering tapi planning tu sentiasa ada... Actually tgh teruja nak buat Talam suji... First time mkn order dr Mak Reen... Sgt sedap... Tengah mencari resepinya dan nak cuba... Berangan nak buka Mimieko Sweet Corner (MSC), gerai kecil2n shj dulu....Boleh kah menjadi kenyataan di tahun hadapan????

3) Mimierazi (Photographer)
Alhamdulillah tahun ini sy telah berjaya memiliki camera SLR Canon EOS D450. Sgt berpuas hati dgn hasil gambar yg diambil menggunkan camera ini. Penggunaannya pn mudah. Dlm bidang ini sy xdelah plan nak menjd photographer yg professional. Tapi cukuplah sekadar pandai handle SLR camera dan dpt merakamkan saat2 manis of family event. ALhamdulillaah sy dpt mengambil gambar ketika majlis Acit, Ude dan juga sepupu sy di hari bahagia mereka...Tapi one thing yg sy nak blajo ialah mengedit gambo..Setakat ini blajo sendiri melalui internet. x terfikir pun utk mengambil class... Maby next project menghasilkan hasil kerja tahun 2010 ni dlm bentuk hardcopy pula....

Percintaan
Di awal tahun sy masih diduga dgn pelbagai cabaran dan dugaan hidup... Bertemu dgn org yg salah dahulu dan akhirnya Tuhan temukan sy dgn cinta hati saya, Mr. FH....Mungkin org boleh cakap sy ni desperate dan mudah jatuh cinta... Tapi rsanya rugi gigit jarilah sy kalau melepaskan dia pergi kerna sy rsa dia bersifat sederhana dlm segala hal.... Yang penting sy yakin dia boleh membahagiakan sy dan kenapa perlu mencari yg lain lagi... Lagipun sy dah penat jumpa dgn bermacam lelaki....Cukup pencarian smpi di sini shj dan dia yang terakhir.... Insyaallah....One thing yg sy belajar sepanjang tahun ini ialah cuba menerima pasangan kita seadanya dan sentiasa berdoa semoga dia yg terbaik utk kita... Bukan berdoa jika dia bukan yg terbaik maka jauhkanlah dia dari ku....Kerna kita pun belum tentu terbaik utk dia....Dan yang paling penting bersyukur dengan apa yang ada pd dia.... Kerna jika kita sentiasa bersyukur maka yg negative akan menjdi positive.... Tidak dinafikan dia sentiasa menjadi mangsa perbandingan dengan yg sebelum ini... Jika ada kekurangan dia sy akn sedih dan kembali teringat yg lama... Tapi bila sy bersyukur, sy akan sentiasa berasa bahagia dengan dia.... Kesimpulannya apa yang penting bukanlah dgn siapa kita bercinta tetapi bagaimana kita menjaga perasaan cinta itu...Kerna yang baru memang sentiasa akan berbau wangi dan yang lama akan berbau busuk... Tetapi jika kita pandai menjaga hubungan itu maka walau lama mcm ne pun kita bercinta hubungan itu akan sentiasa wangi dan indah...... Tidak ada apa yg perlu dibanggakan dgn hubungan kami ini... Masih banyak lagi dugaan yang perlu kami tempuhi dan perjalanan kami masih jauh...Semoga kami diberi kekuatan utk menghadapi hari mendatang... Insyaallah next year mungkin kami akan pergi ke next level....

Kewangan
Tahun 2010 sy lebih terancang dlm menyimpan wang dan berbelanja... Setiap bulan memang akan ada simpanan... Lain dgn dahulu... Sy hanya akan simpan bila gaji sy berbaki.. dan selalunya xjd menyimpan.... Utk tahun ini sy kurang berbelanja dan hanya berbelanja jika perlu.... Jika berbelanja sy akn beli yg berkualiti, cantik di mata dan affordable... Lagi plak sy berjaya merancang kewangan utk holiday di Kuching dan Sabah... satu kejayaan dlm hidup sy kerna berjaya merancang percutian dgn hasil titik peluh sy....Oleh itu cuti juga akn digunakan bila msa perlu shj.... Utk tahun hadapan tidak ada plan utk melancong ke mana2 lagi sbb geng kaki jln sy dh pun menjd hak milik org... Tapi xpe sy pun dh ada geng baru, Mr FH.... Tapi dgn dia xleh nak g jauh2.... Wpepun utk tahun 2011 kewangan sy perlu di rancang utk My Big Day.... Insyaallah.....

Personality
Sy sudah pun berjaya menghapuskan watak gadis merintih dlm hidup sy.... Satu kejayaan besar dlm hidup sy bgi tahun ini...Syukur....Mungkin pertemuan sy dgn Mr FH sedikit sebanyak membantu sy utk menghapuskan watak itu... So, thanks dear cause u sudi hadir dlm hidup i..Mmuah...Mmuah...

Lagi plak perubahan yang ketara dlm diri sy dlm tahun 2010 ni mungkin penampilan diri kot...Orang kata penampilan diri tu melambangkan personality seseorgkan?? Skang sy lebih menjaga penampilan diri dan cara sy berpakaian... Lelagi bila keluar dgn Mr. FH... Wpun Mr. FH xpernah merungut dgn penampilan sy malah dia berpuas hati lagi tapi sy tahu sy kena jaga nama baik dia... Tambahan kerjaya dia sebagai Diplomatik Officer yg sentiasa perlu kelihatan kemas dan menarik.... Ofcourse pasangannya juga perlu menjaga penampilan supaya kelihatan sepadan.... Dlm tahun 2010 ni fesyen yang berkembang pesat bg sya ialah fesyen bertudung... Pelbagai jenis tudung telah terjual di pasaran dari tudung eikin, seria, shawl dan bermcm2 lagi... Sy pun x ketinggalan utk mencuba semua fesyen yg ada.....Wpepn cara berpakaian yg sy pilih ialah simple but look nice... but sometime tu dtg juga mood nak berfesyen....


Selamat tinggal tudung bawal...


I memang suka pakai shawl....


Tudung CT hanya utk majlis tertentu shj.....


Nak look simple but nice pakailah tudung ekin.... Mudah, cepat dan cantik....


Kombinasi shawl dgn tudung ekin pun cantik juga...


Kadangkala nak nmpak stylo juga....


Tambah Riben nak nampak sweet and childish... Supaya org blh kata umo awak 17 thn ye??? walaupun dh umo25 thn...hehehehe....


Shawl cotton sgt mudah dipakai.. nak beli banyak2 lah....


Shawl anting2... Xyah nak pakai tudung nampak telinga nak tunjuk anting2 yg bergayut2... pakai aje shawl anting...2 in 1... stylo dan bergaya....


Tudung syria dgn inner yang stylo... sgt suka cause nampak sweet dan comel....

Maby next nak try yang ni pula;


Shawl smarties.... Dh order ngan kwn... xsabarnya nak try....


Shawl Rose yang unik and lovely....


Shawl ombak juga cantek....

Kat JB ni susah nak cari shawl yg up to date... Revolusi fesyen tudungnya lambat berkembang... Tapi ada satu kedai cina kat Giant Taman Suria yg up to date jugalah.... harga pun berpatutan... Tapi selalunya warna mesti tgal yg xmenarik and stok pun xbanyak... huhuhuhu....
Tapi i selalu survey2 online je... Antara website yang up up to date sila click di bwh.....

http://www.radiusite.com


Kalau i pakai mcm Hana Tajima ni ok x?... Nampak cantek and cool je dia pakai... Tapi kalau i pakai msti nmpak mcm mak nenek yg dh nyanyuk kot....tp xpe klu nak berfesyen kenalah berani kan....