About Me

My photo
I Love my Family.. I Love my Friends... I Love Cakes... I Love Chocolate... I Love fruit... I Love Travel... I Love Photography.... And last but not least I LOVE HIM before, Forever and after.... Mmuah... Mmuah...

Magic Word

“Semua benda yang hebat telah dicapai oleh orang yang berani untuk percaya bahawa sesuatu di dalam diri mereka adalah lebih hebat dari situasi. Kesusahan adalah peluang yang menyamar. Dalam kesusahan, terdapat peluang! Antara masalah pada semua orang adalah mereka menghabiskan terlalu banyak masa menangis di depan pintu yg tertutup rapat di depan muka mereka,sehingga mereka tidak melihat 9 lagi pintu yang terbuka untuk mereka. Hanya lakukan yang terbaik dan biarkan keputusannya di tangan Tuhan. Anda mungkin tidak dapat apa yang anda inginkan, tetapi anda akan selalu dapat apa yang anda berhak miliki. Jangan, jangan, jangan sekali-kali berputus asa"

-Lachman Melwani-

Saturday, January 1, 2011

Post Moterm 2010

Sebelum memasang niat dan azam utk tahun 2011 ni mari kita check kemajuan diri dan kejayaan atau kesilapan2 diri yg telah dilakukan sepanjang tahun 2010 ni.

Family
Alhamdulillah hubungan dengan family tiada masalah. Bersyukur kerna mempunyai family yang harmoni dan penyayang. Cuma di tahun 2010 kami telah menambah 2 orang ahli baru dlm keluarga kami di mana my brother, Acit and My sister, Ude telah menamatkan zaman bujang mereka dgn pasangan masing2. Agak sedih sebab kehilangan geng melancong sy tapi melihat kebahagiaan beliau sy juga tumpang bahagia... Anak sedara blum ada lagi... Hope antara meraka ni cepat2 lah bg mak cucu ye..... Insyaallah next year blh dptkan???


Family gathering yg seronok sekali sebelum pemergian ayah bonda ke Tanah suci Mekah...


Acit dan Nana...


Ude and abang Firdaus

Kerjaya

1} Software Engineer
Masih lagi berkhidmat di tempat kerja yang sama. Actually planning masa awal thn dlu by the end of this year nak cari kerja lain tapi tetiba nak tukar plan nak cukupkan 3thn berkhidmat di sini dahulu... Actually banyak experience baru sepanjang 2010 ni dlm kerjaya sy... Sy telah diberi kepercayaan handle base model dan at the end of this year sudah mula memegang kerja2 management utk MCC group. Satu kemajuan dlm kerjaya sy. But hope i can do best for my job.. Mana tahau next year dpt naik pangkat...Caiyuk!!!!!

2) Chef Mimieko
Di awal tahun aktif mencuba pelbagai resepi dan skang saya dah pandai buat cheese cake, chocolate cake and cookies. But still banyak lagi yang perlu sy pelajari dlm bidang ini. Planning nak amek class at the end of this year but still xjumpa lg masa yg sesuai....Wpun sy xdelah do any promotion about my cakes but still have got order from my friends and i like... Ni yang bt sy bersemangat utk teruskan perjuangan...Wpun at the end of this year sy mcm dh slow bakering tapi planning tu sentiasa ada... Actually tgh teruja nak buat Talam suji... First time mkn order dr Mak Reen... Sgt sedap... Tengah mencari resepinya dan nak cuba... Berangan nak buka Mimieko Sweet Corner (MSC), gerai kecil2n shj dulu....Boleh kah menjadi kenyataan di tahun hadapan????

3) Mimierazi (Photographer)
Alhamdulillah tahun ini sy telah berjaya memiliki camera SLR Canon EOS D450. Sgt berpuas hati dgn hasil gambar yg diambil menggunkan camera ini. Penggunaannya pn mudah. Dlm bidang ini sy xdelah plan nak menjd photographer yg professional. Tapi cukuplah sekadar pandai handle SLR camera dan dpt merakamkan saat2 manis of family event. ALhamdulillaah sy dpt mengambil gambar ketika majlis Acit, Ude dan juga sepupu sy di hari bahagia mereka...Tapi one thing yg sy nak blajo ialah mengedit gambo..Setakat ini blajo sendiri melalui internet. x terfikir pun utk mengambil class... Maby next project menghasilkan hasil kerja tahun 2010 ni dlm bentuk hardcopy pula....

Percintaan
Di awal tahun sy masih diduga dgn pelbagai cabaran dan dugaan hidup... Bertemu dgn org yg salah dahulu dan akhirnya Tuhan temukan sy dgn cinta hati saya, Mr. FH....Mungkin org boleh cakap sy ni desperate dan mudah jatuh cinta... Tapi rsanya rugi gigit jarilah sy kalau melepaskan dia pergi kerna sy rsa dia bersifat sederhana dlm segala hal.... Yang penting sy yakin dia boleh membahagiakan sy dan kenapa perlu mencari yg lain lagi... Lagipun sy dah penat jumpa dgn bermacam lelaki....Cukup pencarian smpi di sini shj dan dia yang terakhir.... Insyaallah....One thing yg sy belajar sepanjang tahun ini ialah cuba menerima pasangan kita seadanya dan sentiasa berdoa semoga dia yg terbaik utk kita... Bukan berdoa jika dia bukan yg terbaik maka jauhkanlah dia dari ku....Kerna kita pun belum tentu terbaik utk dia....Dan yang paling penting bersyukur dengan apa yang ada pd dia.... Kerna jika kita sentiasa bersyukur maka yg negative akan menjdi positive.... Tidak dinafikan dia sentiasa menjadi mangsa perbandingan dengan yg sebelum ini... Jika ada kekurangan dia sy akn sedih dan kembali teringat yg lama... Tapi bila sy bersyukur, sy akan sentiasa berasa bahagia dengan dia.... Kesimpulannya apa yang penting bukanlah dgn siapa kita bercinta tetapi bagaimana kita menjaga perasaan cinta itu...Kerna yang baru memang sentiasa akan berbau wangi dan yang lama akan berbau busuk... Tetapi jika kita pandai menjaga hubungan itu maka walau lama mcm ne pun kita bercinta hubungan itu akan sentiasa wangi dan indah...... Tidak ada apa yg perlu dibanggakan dgn hubungan kami ini... Masih banyak lagi dugaan yang perlu kami tempuhi dan perjalanan kami masih jauh...Semoga kami diberi kekuatan utk menghadapi hari mendatang... Insyaallah next year mungkin kami akan pergi ke next level....

Kewangan
Tahun 2010 sy lebih terancang dlm menyimpan wang dan berbelanja... Setiap bulan memang akan ada simpanan... Lain dgn dahulu... Sy hanya akan simpan bila gaji sy berbaki.. dan selalunya xjd menyimpan.... Utk tahun ini sy kurang berbelanja dan hanya berbelanja jika perlu.... Jika berbelanja sy akn beli yg berkualiti, cantik di mata dan affordable... Lagi plak sy berjaya merancang kewangan utk holiday di Kuching dan Sabah... satu kejayaan dlm hidup sy kerna berjaya merancang percutian dgn hasil titik peluh sy....Oleh itu cuti juga akn digunakan bila msa perlu shj.... Utk tahun hadapan tidak ada plan utk melancong ke mana2 lagi sbb geng kaki jln sy dh pun menjd hak milik org... Tapi xpe sy pun dh ada geng baru, Mr FH.... Tapi dgn dia xleh nak g jauh2.... Wpepun utk tahun 2011 kewangan sy perlu di rancang utk My Big Day.... Insyaallah.....

Personality
Sy sudah pun berjaya menghapuskan watak gadis merintih dlm hidup sy.... Satu kejayaan besar dlm hidup sy bgi tahun ini...Syukur....Mungkin pertemuan sy dgn Mr FH sedikit sebanyak membantu sy utk menghapuskan watak itu... So, thanks dear cause u sudi hadir dlm hidup i..Mmuah...Mmuah...

Lagi plak perubahan yang ketara dlm diri sy dlm tahun 2010 ni mungkin penampilan diri kot...Orang kata penampilan diri tu melambangkan personality seseorgkan?? Skang sy lebih menjaga penampilan diri dan cara sy berpakaian... Lelagi bila keluar dgn Mr. FH... Wpun Mr. FH xpernah merungut dgn penampilan sy malah dia berpuas hati lagi tapi sy tahu sy kena jaga nama baik dia... Tambahan kerjaya dia sebagai Diplomatik Officer yg sentiasa perlu kelihatan kemas dan menarik.... Ofcourse pasangannya juga perlu menjaga penampilan supaya kelihatan sepadan.... Dlm tahun 2010 ni fesyen yang berkembang pesat bg sya ialah fesyen bertudung... Pelbagai jenis tudung telah terjual di pasaran dari tudung eikin, seria, shawl dan bermcm2 lagi... Sy pun x ketinggalan utk mencuba semua fesyen yg ada.....Wpepn cara berpakaian yg sy pilih ialah simple but look nice... but sometime tu dtg juga mood nak berfesyen....


Selamat tinggal tudung bawal...


I memang suka pakai shawl....


Tudung CT hanya utk majlis tertentu shj.....


Nak look simple but nice pakailah tudung ekin.... Mudah, cepat dan cantik....


Kombinasi shawl dgn tudung ekin pun cantik juga...


Kadangkala nak nmpak stylo juga....


Tambah Riben nak nampak sweet and childish... Supaya org blh kata umo awak 17 thn ye??? walaupun dh umo25 thn...hehehehe....


Shawl cotton sgt mudah dipakai.. nak beli banyak2 lah....


Shawl anting2... Xyah nak pakai tudung nampak telinga nak tunjuk anting2 yg bergayut2... pakai aje shawl anting...2 in 1... stylo dan bergaya....


Tudung syria dgn inner yang stylo... sgt suka cause nampak sweet dan comel....

Maby next nak try yang ni pula;


Shawl smarties.... Dh order ngan kwn... xsabarnya nak try....


Shawl Rose yang unik and lovely....


Shawl ombak juga cantek....

Kat JB ni susah nak cari shawl yg up to date... Revolusi fesyen tudungnya lambat berkembang... Tapi ada satu kedai cina kat Giant Taman Suria yg up to date jugalah.... harga pun berpatutan... Tapi selalunya warna mesti tgal yg xmenarik and stok pun xbanyak... huhuhuhu....
Tapi i selalu survey2 online je... Antara website yang up up to date sila click di bwh.....

http://www.radiusite.com


Kalau i pakai mcm Hana Tajima ni ok x?... Nampak cantek and cool je dia pakai... Tapi kalau i pakai msti nmpak mcm mak nenek yg dh nyanyuk kot....tp xpe klu nak berfesyen kenalah berani kan....

No comments:

Post a Comment