- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo dan video (Majlis Pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah /Birthday , ect..
- 1 set wedding dress bride and groom (worth RM4000++) by LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 shaja.
- Hadiah b0leh di tukar milik
Contest ini dianjurkan oleh CST Production & Lynda Rahim Kuala Lumpur. Memang my dream nak sangat CST PRODUCTION ni jadi photographer for my wedding dan buat video prewedding yang comel2 dan nak pakai wedding dress yang anggun lagi meletup dari butik datin Lynda Rahim yang famous tu...Ok lah Contestnya kena pilih antara tajuk di bawah ni dan olahkan secara kreatif di dlm blog or facebook;
1) My dream "Wedding" (anda b0leh ceritakan k0nsep wedding yg anda inginkan)
2) My dream "Love Story" (anda b0leh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impiakan atau kisah benar anda)
Maka i memilih tajuk yang kedua My dream "Love Story" berdasarkan kisah benar i dengan Mr. FH. Ok di harap anda dapat memberi sepenuh perhatian ketika membaca. Daripada anda menggelak-gelakkan i lebih baik anda vote i lagi dapat pahala sebab bantu i untuk mendirikan rumah tangga... hahahaha... Jangan marah :P ..... Ok mari layan my story....
Di sini ingin ku ceritakan kisah percintaan Reality Dewi dan Prince Charming nya. Walaupun kisahnya tidak seindah cinta "romeo and juliet" mahupun kisah cinta taj mahal antara Shah Jahan dan Mumtaz ataupun kisah cinta klasik dari Timur Tengah iaitu "Laila dan Majnun" tetapi kisah ini sungguh bermakna dalam hidup Reality Dewi. Sebuah kisah percintaan yang bermula dengan tragedi luka Reality Dewi dan akhirnya bertemu dengan Prince Charming yang akhirnya menyelamatkan dia dari terus meratap kesedihan. Wah, macam cerita dongeng plak. Tapi ini bukan cerita dongeng tapi ini kisah reality aku dan dia.
Sebenarnya kami dahulu pernah bersekolah di satu sekolah yang sama di tingkatan 4 dan 5. Semasa tingkatan 5 kelas kami berhadapan sahaja. Jadi selalu juga bertembung bila keluar dari kelas masing-masing. Tetapi dia biasalah akan buat muka sombong dia padaku. Jadi, aku fikir dia ni sombong orangnya. Tetapi pada masa tu aku sudah pun mempunyai "couple". Aku kenalkan "couple" aku tu sebagai Mr. X, seseorang yang bakal mengecewakan aku tanpa aku sedari. Oleh kerana ini kisah aku dan dia, jadi tidak perlulah aku berceritakan pasal Mr. X ni ya. Si dia. Boleh dikatakan agak dikenali jugalah di kalangan rakan-rakan sekolah. Tanpa aku sedari dia menyimpan perasaan terhadapku. Tetapi oleh kerana Mr. X adalah kawan si dia maka dia terpaksa melupakan niatnya dan hanya mendoakn kebahagiaan kawannya itu bersama ku. Dan selepas itu dia juga bercouple dengan orang lain.
Percintaan aku dengan Mr. X hanya bertahan selama 7 tahun. Antara kami sudah tiada jodoh. Aku terpaksa melepaskan Mr. X pergi walaupun hati ku terluka. Selepas itu bermacam-macam lelaki yang aku jumpa termasuklah seseorang yang ku sangkakan sahabat. Aku perkenalkan sahabat aku itu sebagai Mr. S. Dengan Mr S lah tempat aku mengadu segala kesedihanku. Sehinggalah di suatu hari aku menerima emel dari Mr. X. Alangkah gembiranya aku pada ketika itu. Tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan kerana tidak lama lagi dia akan menjadi tunangan orang. Baru ku sedar yang aku tidak cukup kuat untuk melihat kebahagiaan Mr.X dengan orang lain. Walaupun sudah setahun lebih kami berpisah tetapi lukanya masih terasa malah semakin mendalam. Tidak cukup dengan itu tiba-tiba Mr. S hilang dari hidup ku. Mungkin dia sudah bosan dengan sikapku. Siang malam aku berdoa memohon pertolongan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
Di suatu hari aku menerima mesej melalui Facebook dari si dia. Pada mulanya hanya bertanya khabar sehinggalah suatu hari dia meminta number telefon ku dengan alasan supaya senang dia menghubungi untuk memberitahu aku jika ada kekosongan kerja kerajaan. Walaupun aku sudah agak niat dia sebenar tetapi aku rasa tidak salah untuk memberi dia peluang. Tiba-tiba dia senyap sahaja. Sehinggalah suatu hari aku berjaya menghubungi dia di Facebook. Rupanya dia terlibat dengan kemalangan. Selepas itu kami semakin rapat dan telefonlah yang menghubungkan kami kerana dia di KL dan aku pula di JB. Dia seoarang yang suka buat lawak dan sentiasa cuba untuk membuat aku ketawa. Namun begitu hati dan perasaanku masih pada orang lain dan kadang kala usaha dia untuk buat aku ketawa tidak berhasil. Sehinggalah akhirnya dia melamarku menjadi suri di hatinya. Aku minta dia bagiku masa untuk mempertimbangkannnya. Kalau boleh tunggu setahun lagi supaya cukup 10 tahun. hehehhe... Betul ke kena tunggu setahun ni? Dia tidak kisah hendak menunggu berapa lama lagi. Katanya jika 9 tahun dia sanggup tunggu ini kan pula setahun lagi. Rupanya dia tidak hanya menunggu tetapi bermacam-macam yang dilakukan oleh si dia untu memikat hati ku supaya 1 tahun itu menjadi 6 bulan dan akhirnya 3 bulan. Ya dalam masa 3 bulan aku sudah pun menerima si dia dalam hidup ku.
Bermula dengan "first date" kami. Kali pertama dia mengajak aku keluar terus sahaja aku setuju. Bukan apa "first date" inilah akan menentukan sama ada aku boleh memberi dia peluang atau tidak. Kerana aku tidak mahu memberi harapan dan tidak mahu berharap lagi sekiranya aku dan dia tidak boleh lebih dari seorang kawan dan keputusan harus dibuat segera. Pertemuan pertama kami hanya keluar sebagai kawan, dia membawa aku makan malam di sebuah restoran yang eksklusif. Pada pertemuan itu dia kelihatan tenang sahaja dan kami hanya bercerita perihal zaman sekolah dahulu. Kembali mengimbau zaman sekolah memang melucukan. Dia bukanlah lelaki yang suka bermain kata-kata dan bermulut manis tetapi sikap nya yang bersahaja dan tenang melayanku mula memikat hatiku. Tiba-tiba kawan si dia datang untuk berbincang soal business. Dia seorang yang "business minded" dan itulah antara ciri-ciri yang aku cari dari seorang lelaki selama ini. Dia lulus pada pertemuan pertama dan aku menantikan untuk bertemu lagi dengan si dia. Tetapi tidak tahu bila kerana jarak memisahkan kami. Dia cuba memikat hatiku lagi dengan menghadiahkan lagu "For The Rest of My Life" nyanyian Maher Zain untukku. Bait-bait lirik dalam lagu itu begitu menyentuh hati ku. Tanpa kuduga pintu hati ku mula terbuka sedikit untuk dia. Aku juga menyelidik latar belakang si dia dari kawan-kawan ku yang mengenali si dia. Ternyata semua kawan-kawanku memberi komen yang positif tentang si dia. Kemudian barulah aku cuba untuk menerima si dia dalam hidup ku itu pun jika dia bijak menggunakan peluang. Lagipun semenjak kehadiran si dia sedikit sebanyak mengubati luka di hati ini dan aku pun sudah boleh ketawa besar jika dia buat lawak antarabangsa.
Kesabaran dia pada ku teruji pada pertemuan kami kali kedua. Pada mulanya kami mrancang untuk keluar di siang hari. Tapi kerana aku bekerja jadi dia berjanji untuk keluar dengan ku selepas aku habis kerja. Tiba-tiba dia ada hal dengan keluarga dan pertemuan itu terpaksa kami tangguhkan malamnya. Oleh krn emosi aku tidak berapa stabil waktu itu aku merajuk pada dia. Aku geram sebab aku kelam kabut nak siapkan kerja sebab nak keluar dengan dia tiba-tiba tidak jadi pula…Jadi malam tu kami keluar dengan muncung ku panjang sedepa. Tidak cukup dengan itu mulut aku tidak berhenti membebel. Ditambah dengan keadaan yang bising di restoran tempat kami makan pada malam itu menyebabkan keadaan menjadi tegang. Aku tahu kesalahan itu hanya kecil sahaja tetapi aku terlalu kecewa dengan laki-laki yang aku kenal selama ini yg hanya tahu berjanji tetapi akhirnya mereka yang memungkirinya. Tetiba aku rsa penat dgn mereka semua. Kahsian dia menjadi mangsa aku melepaskan geram terhadao lelaki2 lain. Tetapi dia bersikap tenang dan rasional. Dia membawa aku ke pantai Danga Bay , seperti tahu aku suka pantai. Di sana aku merasa tenang dan akhirnya aku dpt luahkan kekecewaan aku padanya. Dengan luahan itu aku rasa tenang dan beban yg aku tanggung selama ini dpt diringankan. Walaupun pd mlm itu terserlah sikap aku yg cepat naik marah, suka merajuk dan ngengada tapi sedikit pun tidak merubah keputusan dia untuk memikat hatiku. Padahal mlm tu blh sahaja dia tinggalkan aku kerana sikap aku itu. Tapi apa yg dia kata padaku hanyalah " Saya tahu awak baik". Akhirnya aku dah temui dengan seorang yang sayang aku dan boleh sabar dgn karenah aku. Tapi blum masanya lagi untuk membuat sebarang keputusan. Aku masih belum mengenali dia sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sampai aku mengenali keluarga si dia. Pertemuan ketiga hampir-hampir dia nak bawa aku jumpa keluarganya. Tapi kali ini semuanya indah. Bunga di taman hati kembali mekar. Walaupun hati ku sudah berkata ya tetapi akan kusimpan dahulu jawapan ini sehinggalah aku benar-benar yakin dengan dia.
Ketika bulan puasa dia mempelawa aku berbuka puasa bersama dgn keluarganya di Marina Seafood Restorant. Walaupun aku blum bersedia tetapi aku rasa aku patut terima pelawaan dia kerana keputusan harus dibuat segera. Jika keluarganya tidak boleh menerima aku maka tidak perlulah aku terus mengharapkan dia lagi. Aku tidak mahu hubungan yg tidak pasti. Dia sememangnya dilahirkan dari keluarga yang penuh kasih sayang. Aku suka melihat kemesraan dia dgn keluarga. Dia seorang abang yang penyayang dan anak yang menghormati orang tua. Aku bukan sahaja jatuh cinta kepadanya tetapi juga kepada keluarganya. Sememangnya ingin sahaja aku berterus terang kepadanya pada malam itu. Dan malam tu aku telah manguji dia sejauh mana dia ikhlas menerima aku. Dan ternyata dia lulus dgn cemerlang. Tambahan pula aku dpt berterus terang perihal kisah silamku dan dia terima aku seadanya. Aku merasa tenang dan selamat dgnnya.... Sehinggalah satu hari aku rasa tidak ada alasan untuk aku menolak dia dlm hidupku dan aku merasa takut kehilangan dia dan akhirnya pada tanggal 29.8.2010 setelah 3 bulan kami berkawan aku mengambil keputusan utk menerima dia dlm hidupku. Keputusan dibuat tanpa solat istiharah kerana aku yakin dgn dia. Kemudian aku membawa dia berjumpa dengan keluarga dan rakan terdekatku dan semuanya memberi komen yang positif pasal si dia. Dia sememangnya seorang yang ramah dan mudah mesra dan berlainan dengan aku yang tidak mesra alam pada mulanya.
Mungkin orang boleh berkata yang aku ini mudah jatuh cinta. Tetapi aku yakin dia adalah prince charming ku yang ku nanti-nantikan selama ini dan yang aku minta dalam doaku. Akhirnya setelah perjalanan yang panjang dan setelah aku hampir-hampir terjatuh Tuhan temukan aku dengan si dia. Setelah apa yang jadi kepada ku, aku semakin lemah dan rapuh. Mudah menangis dan senang terasa. Tetapi dia sememangnya seorang yang penyabar melayan karenah aku. Pernah satu hari ketika kami sedang berdating tiba-tiba mood aku hilang dan aku meminta dia bawa aku pulang. Sedangkan dia beria datang dari KL ke JB semata-mata untuk meluangkan masa bersama ku. Namun dia tidak pun memarahi aku mahupun menunjukkan muka masam kepada ku malah dia mengajak aku dan keluarga ku makan malam di luar semata-mata untuk meluangkan masa dengan aku. Dan malam itu dia berkata kepada ku "Kahsian awak kena melayan karenah saya". Aku sungguh terharu. Sepatutnya aku yang berkata begitu kepada dia. Jadi kenapa perlu aku mencari lagi sedangkan dia punya segalanya yang aku mahukan dari seorang lelaki.
Apa yang diharapkan semoga perhubungan dapat disatukan dalam ikatan yang suci, dikurniakan zuriat yang sihat dan comel dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin....
P/S: Walaupun cerita ini memang ada kena mengena dengan yang hidup tetapi tidak berniat pun untuk menyinggung perasaan sesiapa... Hanya sekadar berkongsi suka duka Reality Dewi sambil tu menyertai contest yang sgt hot ni...Orang kata sambil menyelam sambil minum air... Wpepun minta maaf jika dalam cerita ini ada menyinggung perasaan sesape... I'm sorry... Yang penting Jangan lupa vote i... hahahha......
No comments:
Post a Comment