Adakah kisah Mr. S ni pn akan berakhir juga seperti kisah Mr. S.A. ???? Aku xtau samada kisah Mr. S akan berakhir dlm hidup aku x lama lg atau tidak. Tapi yang pasti kisah Mr. S di Blog ini akan berakhir dengan entry kali ini. Insyaallah.... Sebenarnya ini demi utk menghormati persahabatan aku dengan Mr. S. Wpun Mr. S tidak meminta aku utk memberhentikan semua ini tetapi aku tau dia tidak suka aku bercerita perihal dirinya di blog ini.
Aku tau ramai yg ingin tau pasal Mr. S kerana dia adalah org yg berjaya menambat hati ini dan aku pun masih banyak lagi yg aku x cerita pasal lelaki ini. Sebenarnya kisah Mr. S dah lama aku ceritakan dlm blog ini. Kalau sape pernah baca entry about pakcik yg suka membebel dan juga aku gelarkan my prince itulah dia orgnya. Kami berkenalan melalui frenster. Hati ini telah tertarik pd kali pertama dia menghubungi aku. Wpun baru first time berbual dgn dia tapi terasa seperti dh lama kenal dan aku senang sgt dgn dia ketika itu. Pada ketika itu aku hendak berangkat ke Jepun disebabkan urusan kerja. Dan pd ketika itu juga niat aku untuk memujuk kembali Mr. X terbantut. Ntah kenapa pada malam aku menghubungi Mr. X utk memujuk dia sblm keberangkatan aku ke Jepun, mulut dan akal ini tetiba x terdaya utk melakukannya. Malah aku rasa redha dgn melepaskan dia pergi. Tanpa aku sedari Mr. S dah mula menyentuh hati ini.
Dan pada ketika aku mengetahui yg Mr X ada perempuan lain dan aku kena membuat keputusan utk melepaskan Mr. X pergi dan org yg memberi aku kekuatan pd ketika itu ialah Mr. S. Salah ke aku mengharapkan Mr. S membantu aku utk melupakan Mr. X????? Pada kali pertama aku bertemu dgnnya aku sudah rsa senang dan tenang. Bagi aku orgnya matang dan dan sweet....Aku tau perasaan itu sudah ada pd ketika itu. Tapi aku xnk terburu2 dan aku rsa terlalu cepat utk aku admit perasaan itu. Aku cuba membiarkan shj msa yg berlalu begitu shj tetapi kadang kala emosi ku tergangu juga. Pernah aku cuba utk membuang perasaan ini dan aku ingat lg aku pernah bt kan kek coklat moist utk dia dan hantar sndr kek itu kt umah dia di Kluang dgn Reen and Iya. Itu adalh kek yg ke2 yg pernah aku bt sblm aku gelarkan diri aku chef Mimieko...hehehhe... Sememangnya itu dlh niat aku utk org yg dah bantu aku utk melupakan Mr. X. Dan pd ketika itu juga aku bertekad utk xnk menghubungi Mr. S lg kerana aku mahu membuang perasaan tu jauh2...Tu yg sgah Tanjung Balau ingatkan dpt buang perasaan tu ke dlm laut....
Kemudian Mr. S pergi belayar tetapi dia masih lg menghubungi aku. dan aku cuba utk mhadkan hati aku utk dia....Sepanjang pelayaran Mr. S aku cuba berkwn dengan sesiapa shj dan selepas itu memang ada yg dtg dlm hidup ku. Tapi mereka hanya mampu berada di taman hati dan belum cukup utk membuka pintu hati ini. Mungkin krn kuncinya sudah ada pd Mr. S. Sehinggalah suatu ketika aku sudah penat bermain dan yg masih setia dan masih berada di dlm hati ku dlh Mr. S. Kemudian aku mengambil keputusan utk tidak bermain lg dan akhirnya aku admit perasaan yg dh lama mekar di dlm hati ini. Aku cuba kuatkan hati dan bersabar menanti cinta ku berbalas tetapi kekadang tu emosi ku terganggu juga. Kekadang tu aku rsa tension sgt dgn perasaan ini. Kalaulah aku boleh buang perasaan ini dgn mudahnya.....Aku tau aku xpatut ikutkan perasaan sgt.... Tapi aku hanyalah wanita biasa yg dijadikan dgn 9 nafsu dan 1 akal dan mengharapkan seorg lelaki yg mempunyai 9 akal 1 nafsu utk membimbing ku ke jln yg di redai....
Selepas ini insyaallah tiada lg cerita Mr. S dlm Story of Mie. Tapi adakah cerita selepas ini akan lebih indah tanpe cerita Mr. S atau sebaliknya??? Kita tunggu dan lihat ye.....Wpepn maaf kepada pembaca sekalian yg ternanti2 akn kisah Mr. S. Aku harap pembaca yg budiman sekalian dpt menerima keputusan ini demi menghormati persahabatan aku dan Mr. S. Oklah pe yg aku boleh katakan di sini status aku dgn Mr S dlh sebagai best fren.
Nota utk Mr. s:
Dear,
Sy minta maaf sekiranya cerita sy di dlm blog ini menyinggung perasaan awak. Sy tidak berniat pn utk menyinggung perasaan sesape. Itu suma lahir dr luahan hati sy dan apa yg sy fikir. Awk pernah nasihatkan sy jgn smakan diri kita dgn org lain dan sy harap awk pn begitu. Sy dlh sy. Sy xsma dgn awk mahupun akak awk. Mungkin sy x sekuat akak awk. Tapi percayalah sy sedang cuba utk menjd kuat dan process itu mengambil msa yg lama. Dan sekarang pn sy dh blh hidup tanpa kesedihan terhadap Mr. X. Kekadang tu sy memerlukn perasaan ini utk melupakan Mr X dan menggembirakan hati sy. Sy cuba utk tidak mewujudkan konflik emosi dalam perhubungan kita. Tapi kekadang tu emosi sy terganggu juga. Maaflah kerana sy tidak biasa punya kawan lelaki yg baik mcm awk krn selama ini mentality sy ant pompuan dan lelaki xde istilah kwn. Tapi sy akn cuba mengubahnya dan menerima awk sebagai sahabat sy dunia dan akhirat. At least apa yg berlaku lately ni dpt menyangkal segala sangkaan buruk sy terhadap awk....Maafkan sy ye.....Lastly, sy pn sygkan awk.... :)
About Me
- Mimie Hamidah
- I Love my Family.. I Love my Friends... I Love Cakes... I Love Chocolate... I Love fruit... I Love Travel... I Love Photography.... And last but not least I LOVE HIM before, Forever and after.... Mmuah... Mmuah...
Magic Word
“Semua benda yang hebat telah dicapai oleh orang yang berani untuk percaya bahawa sesuatu di dalam diri mereka adalah lebih hebat dari situasi. Kesusahan adalah peluang yang menyamar. Dalam kesusahan, terdapat peluang! Antara masalah pada semua orang adalah mereka menghabiskan terlalu banyak masa menangis di depan pintu yg tertutup rapat di depan muka mereka,sehingga mereka tidak melihat 9 lagi pintu yang terbuka untuk mereka. Hanya lakukan yang terbaik dan biarkan keputusannya di tangan Tuhan. Anda mungkin tidak dapat apa yang anda inginkan, tetapi anda akan selalu dapat apa yang anda berhak miliki. Jangan, jangan, jangan sekali-kali berputus asa"
-Lachman Melwani-
-Lachman Melwani-
Huhu... sedey la ending crite Mr.S ni...
ReplyDeleteApa2 pun kitorang (lebih dari sorang tu..) doakan ko akan bahagia x kesah la dengan siapa pun. Good luck!
p/s: Dai susunan ayat ko, nmpk mcm ada bakat utk menulis cerpen/novel... mulakan dengan menulis cerpen dan pos dalam blog.. (sekadar idea, dari Mr.A wakaka)
Thank you for ur comment...Bt novel ke??? Ada gak angan2 tu sbb aku ni memang suka berangan...Tapi hanya angan2 je lah...sbb aku rsa aku ni bakat xde..just menulis ikut sesuka hati dan sesedap rsa je...hehehe....
ReplyDelete